Wednesday, December 30, 2009
31.12.2009
Posted by yeokok at 7:01 PM 0 comments
Selamat tinggal kenangan
Aku pasti, ada ramai di antara kamu yang punya kenangan terindah tahun 2009... sesuatu yang kamu tidak akan lupakan selama-lamanya... juga tidak ketinggalan kepada mereka yang punya kenangan menyedihkan... itulah LUMRAH HIDUP...
ya, suatu kenangan itu kadang kala memberi kita petanda bahawa kita merindui saat itu... saat kita melalui kenangan itu.... kenangan yang tidak mungkin kita boleh lupakan dalam sekelip mata....
Aku punya banyak kenangan tahun 2009... sungguh.. terlalu banyak sehinggakan aku lupa, bilakah aku melalui kenangan itu... dengan siapakah aku melalui kenangan itu....
Tapi, aku punya kenangan yang saat ini dan untuk selama-lamanya...aku tidak mungkin akan melupakannya.. ia akan kekal sebagai kenangan 'TERINDAH' dalam hidup aku... yaa.. 2009 memeterai kenangan itu... antara aku dengan 'dirinya'... -_-.. kini, aku pasrah... terserah
Aku mungkin meluahkannya, namun aku akui aku tidak mungkin akan melupakannya... walaupun aku ucapkan 'SELAMAT TINGGAL KENANGAN' namun...aku akan kekal mengingati.nya....sebagai suatu 'KENANGAN TERINDAH'....
Terima kasih 2009, tahunmu memberi seribu makna dalam hidupku... pahit manis, tangis tawa, senyum murung... namun, walau apapun ia... ia akan tetap 'KEKAL' sebagai 'SUATU KENANGAN'...
Aku,
Rosse@yeokok,
(30.12.2009, Rabu - 18.17pm )
Posted by yeokok at 2:10 AM 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
Makan
Apa makanan yang selalu kamu makan?? yang sebati dengan diri kamu?? yang kamu tidak tertinggal walau dalam masa 1 minggu???
meggi.... ya..itu la makanan aku saat aku lapar... kenapa?? mudah di masak, sedap di makan... tapi kesannya kepada tubuh badan... ahh.. aku tak kisah, janji perutku berisi... laparrrrrrr....
tak, sebenarnya ada sebab kenapa aku selalu makan meggi... hendak memasak??... aku rasa saat ini aku tidak boleh memasak, bukan sebab aku kudung, tak... bukan juga sebab tiada duit mahu beli beras, ayam, sayur... tidak.... sungguh... bukan itu penyebabnya.... tapi kerana aku pernah memasak... selalu memasak untuk 'DUA' orang punya... kamu faham??... '2' orang yang akan menjamu masakan aku... -_-.. jadi, apabila aku mahu memasak, aku teringatkan '2' orang itu yang akan makan masakan aku... =_=...
kini, aku tidak mahu memasak... bukan sebab aku malas... tapi aku tidak berdaya... tidak berdaya untuk terus mengingati saat sebelum 'kejadian' ini... sungguh aku tak berdaya.... -_-
aku tahu, makanan seperti meggi akan memudaratkan badan aku..sedangkan aku...badan aku cuma sekecil ini... ahh... aku memang tidak dapat memasak... tak apa lah... aku akan cuba untuk menghilangkan '1 dari 2 orang' itu dari fikiran aku apabila aku teringin untuk memasak... pasti~~!!... aku nekad!!.. yaaa..... (tolonglah aku....T_T..)
selamat menjamu selera..... rosse...
Aku,
Rosse@yeokok
(29.12.2009, Tuesday, 20.26pm)
Posted by yeokok at 4:20 AM 0 comments
Sunday, December 27, 2009
SweeT day.. 27.12.2009 (sunday)
aKu balik KK hari ini...Hmmm rasa mcm malas pula mahu balik... (susah, nanti sikit2 ingat..sikit-sikit ingat.....susah hati)...
Posted by yeokok at 6:10 PM 2 comments
Wednesday, December 23, 2009
alone...
Posted by yeokok at 7:15 PM 0 comments
Sujud kepada-MU
YA ALLAH...ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA...
aku sujud kepada MU... berdoa kepada MU... merayu kepada MU...
memohon maaf kepada MU...
'Berikanlah aku kekuatan untuk melalui semua ini, berikanlah aku ketabahan untuk kesedihan ini, berikanlah aku peluang untuk menebus segala dosa-dosaku kepada MU'
aku bukanlah insan yang tidak lepas dari melakukan dosa...aku juga bukanlah wanita yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.... kerana itu, aku memohon doa kepada MU... mempermudahkan segala yang terjadi kepada ku agar aku akan tenang melaluinya.. menempuhinya.... Ya ALLAH...
aku terlalu banyak melakukan dosa sehingga aku kini menjadi insan lemah dan lalai di sisi MU.. ampunilah segala dosa-dosaku... berikanlah aku peluang untuk menebusnya walaupun aku tahu... mungkin aku sudah terlalu lewat untuk memohon kemaafan darimu... namun aku tahu, ENGKAU akan memaafkan setiap insan yang berdosa.. jika kembali kepada MU...
aku akan selalu mendoakan kebahagiaan dirinya.... -_-
Aku,
Rosse@yeokok
(23.12.2009, Rabu - 20.34pm)
Posted by yeokok at 4:23 AM 0 comments
Sunday, December 20, 2009
Wedding date
Lokasi : Kg.Pandasan, Kota Belud
Pengantin : Amisah & ag. Nizam
Attending : aku, Niza & jyna
waa... hari ini kawan aku kawen...aku bila lagi??..huhuhuhu...
well, terima kasih buat Niza sebab membawa aku untuk pergi tengok kawan kawen.. langsung tidak rugi untuk pergi sana cuma terlalu banyak cabaran yang di tempuhi sebelum sampai lokasi...
hahaha dari KK jam 11.30.. so sampai sana dalam jam 1.30.. waaa yang melewatkan tu mencari rumah pengantin..punya main susah.. pelan rumah (niza cakap) not to scale..hahahaha... sebab tu keluar masuk kampung orang..adehh...
apa-apa pun, syukur alhamdulillah..sampai juga kami sana.. sekali..ada pula c denni & dee.. oww.. tia membawa durang nie..cizzz... pas itu ada pula c Jae.. hahahaha.. semua di KK tapi tidak pernah ke temu...hohohohoo
apa lagi, perkara penting mesti wajib... so, terus bergambar sama2 dengan pengantin sambil menunggu pengantin lelaki... waaa cantik oww si amisah... (jeles pula saya)..hahaha..
lepas acara selesai (akad nikah) balik la kami semula ke KK.. sampai dalam jam 6.30pm.. so. enjoy sangat-sangat.. tapi penat la... dari kelmarin tidak cukup tidur...hahaha
Aku,
Rosse@yeokok
(20.12.2009, Ahad, 21.02pm)
Posted by yeokok at 4:56 AM 0 comments
Saturday, December 19, 2009
KAYAK
Lokasi : Lagoon Park, Karambunai,
Penceria : yeokok, not, dian, lalat, halu, cire, w8, cheng & elol
waaaaaaaaa...da lama tidak merasa kegembiraan seperti hari ini... thanks my fren... u made my day sOoo happy today... n i really love its... hilang sikit aku punya tekanan...
aku mengharapkan akan ada outing seperti ini pada masa akan datang supaya aku dapat melarikan fikiran dari terus 'murung'.. itulah yang aku inginkan sekarang ini.. lari dari semua kenangan lalu walaupun aku tahu amat payah..namun aku akan terus mencuba...
ty sO much my fren not, halu, cire, lalat, dian, w8, cheng & elol... betul-betul enjoy hari ini... aku akan terus macam ini...terima kasih semuanya
aku,
Rosse@yeokok
(19.12.2009, 23.48pm, sabtu)
Posted by yeokok at 7:44 AM 0 comments
Friday, December 18, 2009
happy dalam kepayahan
agak sukar untuk memahami ayat 'happy dalam kepayahan'... namun itulah yang aku rasakan setakat ini.. betapa aku berusaha untuk gembira..ketawa...tersenyum...dan tergelak.. di depan mereka, di depan kawan-kawan.. namun sebenarnya... aku dalam kesedihan..
entah kenapa... hati ku tetap tidak lena...tidak ceria...walau ku cuba untuk melepaskan semuanya... aku sangat yakin dengan apa yang aku lakukan..namun hati ku tetap juga seperti kehilangan sesuatu... sesuatu yang sangat penting dalam hidupku.. sudah ku cuba berkali-kali untuk tidak mengendahkannya namun ia tetap akan menganggu fikiran aku...
apakah aku masih tidak boleh menerima hakikat semua itu???... tolonglah aku... bantulah aku... jangan biarkan aku sendirian kerana ketika itulah aku akan merasa sangat 'keseorangan'....
aku mahukan suasana aku berubah... ahhh... kenapa berada dalam bilik sendiri, kenangan itu akan muncul??... peristiwa itu akan muncul??..apakah ianya satu kesilapan, kesangsian, ataupun sebenarnya sesuatu yang 'adil' untuk diri aku??...
aku... HAPPY DALAM KEPAYAHAN~~!!... =_=...
aku,
Rosse@yeokok
(18.12.2009, Friday - 22.48pm)
Posted by yeokok at 6:42 AM 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
Kenapa??
Aku ingin lari dari menyebut perkataan ini....tapi, 'KENAPA' aku tersebut lagi...... sudah kali ke berapa aku katakan kepada diri jangan pernah meluahkan perkataan ini.... tengok, apa jadi kepada diriku??.... =(( =(( =((
Aku tidak tahu apa patut aku luahkan selain itu...namun setiap kali aku menyatakan perkataan ini, aku mesti menangis....... KENAPA???... KENAPA??? KENAPA???...
Kalau benarlah engkau membenci aku.... tolonglah jangan memarahi diriku... aku tidak boleh terima hakikat.. insan yang pernah ku sayangi kini sangat memarahi diriku.... aku tidak sanggup~~!!!.. aku akan menjadi GILA.... =(( =(( =((
Mengapa sebegitu sekali dirimu berlaku kepadaku sedangkan aku sudah penat untuk merayu kemaafan dari mu??....
Aku TERTEKAN~~!!...
Aku,
Rosse@yeokok
(16.12.2009, 20.55pm rabu)
Posted by yeokok at 4:51 AM 2 comments
Monday, December 14, 2009
Got it~~!!
Now, saya rasa lebih segar....selepas sharing ngan 'kawan2'... thanks my fren.. n_n...mayb aku terlalu menekankan diri aku untuk masalah itu....tapi, aku akui aku masih rasa sedikit kesal...
'HIDUP KADANG-KADANG TIDAK SELALUNYA GEMBIRA...TAPI AKAN DI UNDANG DENGAN PELBAGAI CABARAN YANG KADANG-KADANG MEROSAKKAN IMAN DAN AKIDAH, JANGAN BIAR IANYA TERUS MEMAKAN DIRI KERANA SUATU SAAT KITA PASTI AKAN DI BERI KEBAHAGIAAN DARI-NYA... INSYAHALLAH..
amin..
aku,
Rosse@yeokok
(21.30pm, 14.12.2009) Monday
Posted by yeokok at 5:26 AM 0 comments
Don't be TENSION
Posted by yeokok at 12:40 AM 0 comments
Sunday, December 13, 2009
Menangis lagi.
Entah kali keberapa sudah mata ini mengalirkan air mata jernih.. =_=...mahu di ingat semula...tp pastinya tidak dapat di kira... 'rosse, apa lagi yang ko risau?? apa lagi yang ko fikirkan?? apa lagi yg ko tangisi??.. tak kan mati kerana perkara itu??' ko memang degil rosse~~!!'..ahh....pujukan lagi hati ini..
aku bukan menangisi kerana aku lemah..tpi aku menangisinya kerana aku tersilap...kerana aku terlanjur..kerana aku tercakap... kerana aku tidak di beri peluang untuk menjelaskan kepadanya.. itu sahaja... aku ini terlalu tamak ka sampai saat ini masih mengharap dia bagi aku peluang menjelaskannya??... ahhh.....
rosse, cukuplah~~!!....
YA ALLAH, TOLONGLAH HAMBAMU INI...BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA JIWANYA SUPAYA DAPAT MELALUI SEMUA INI DENGAN PENUH KETABAHAN
aku,
Rosse@yeokok
(ahad, 13.12.2009, 21.09pm)
Posted by yeokok at 5:04 AM 2 comments
Saturday, December 12, 2009
Semangatku
So, lepas dinner..jenjalan jap cuci mata....( teda duit mau shopping)... tp tempat sna sekarang sngt cantik..di hiasi oleh kemanikan merry cristmas...waaaaaaaaaa..cantik perhiasan d lobby tu...tp rugi..xtangkap gambar..boleh tipu org....'nie gambar kami ambil d NY'...hahahaa
Tp, aku masih tiada semangat...ahhh..kenapalah aku ini.. aku BOSAN~~!!!...
after dats, ada pla majlis karaoke....hehehe...kompom mau melalak...so, direct la p DAMAI CLUB...laaaaaaaaaaaa yg xbestnya..lagu2 dia versi lama2...urghhhhh.. semua lagu tiada...sOooOo BORINK...
apa2 pun, yang paling menarik... salah seorg rakan sekerja akan menyambut ulang tahunnya esok hari...so, kami ramai2 menyanyikan 'HAPPY BIRTHDAY' buatnya...mengingatkan ku kepada saat manis bersama SBFP dulu tika menyambut harijadinya... (-_-)...missed them so much...
Tp, aku masih tiada...tiada semangat....'ishhh..rosse, kenapa ko nie, cuba la ko lupakan semua tu..tidak berbaloi....apa guna mahu fikir benda yang akan merosakkan diri ko'....aahhh.. aku tidak tahu...kalau boleh aku mahu teriak...teriak sekuat2nya.... ( syukur, aku boleh teriak..melalak..melalak..melalak.....ahh peduli la~~!! )
Tp, sampai rumah (01.45am-13.12.2009)....terus aku jadi lemah semula...iskkkkkkkkkkkkkk... aku benci~~!!... 'kan aku da kata, A.B.A.I.K.A.N~~!!...ko degil!!.. untuk apa lagi mahu mengharap pada org yang tidak pernah menghargai diri ko!!.. cukuplah~~!! )..ahhh..aku bukan curang, aku bukan menipu.... =_= aku cuma terCAKAP sahaja..kenapa kesannya terlalu hebat!!..
Rosse, ko akan jadi GILA andai terus dengan fikiran itu!!..TIADA SIAPA YANG DAPAT BANTU KO...KECUALI DIRI KO SENDIRI.....
aku,
Rosse@yeokok
02.17am (13.12.2009)
Posted by yeokok at 10:06 AM 2 comments
Friday, December 11, 2009
Tekniken Ku
Betapa saat ini aku merasakan aku masih seorang pelajar TEKNIKEN..waaa.. bersama Puan Siti Aisa...Pengetua SM Teknik Keningau...
Kesanggupan beliau bersama-sama memeriahkan majlis ini harus di puji kerana...selama mana Beliau d SMT, dia tetap mengingati pelajar2nya... dan inilah hasilnya...
Terima kasih Puan kerana bersama-sama menceriakan majlis REUNION Tekniken pada 28.11.2009 sabtu.
Hadirnya Puan ke majlis itu adalah satu kebanggaan kepada kami semua..semoga puan terus melakar nama SMT keningau d Malaysia..Syabas Puan...
Aku
Rosse@yeokok
Posted by yeokok at 8:14 AM 0 comments
Kenanganku...
suatu ketika kita masih kanak-kanak riang..
di sini la kita berlarian...
tidak peduli pandangan orang sekeliling...
yang penting kita gembira..
masa ini...
aku teringatkan sesuatu...
seseorang yang mengajak 'DINNER'..
tapi malangnya...
tidak kesampaian..
*duit tak cukup...besa la pokai...
saat ini...
aku teringatkn kita...
betapa aku merindui detik2 itu..
andai dapat di putarkan...
ingin sekali aku kembali ke masa ini...
......=_=.....
Aku,
Rosse@yeokok
Posted by yeokok at 6:50 AM 6 comments
Hati ku SAKIT...
Mungkin inilah lumrah kehidupan berpasangan.. sebahagia mana pun yang ingin di kecapi namun pergolakkan tetap akan menduga kedua-duanya.. aku juga...entah kenapa sehingga saat ini aku masih terus di belenggu oleh perasaan 'kesal'.. apakah ini di namakan 'CINTA'....
Posted by yeokok at 12:22 AM 0 comments
Thursday, December 10, 2009
Aku rindu
Posted by yeokok at 8:27 PM 2 comments
Aku di Sini..
Keja : menghias rumah kosong...
Posted by yeokok at 7:25 PM 4 comments