THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 30, 2010

Potluck & BBQ


Tarikh : 30/01/2010

Hari : SABTU
Masa : 4.00pm hingga 7.30pm
Lokasi : Lagoon Park, Karambunai
Aktiviti : POTLUCK & BBQ
Jumlah ahli : 31 orang

Aku sekali lagi merasa cukup gembira, teruja, seronok... apabila satu lagi aktiviti yang di rancang oleh SABAHAN BIGFORUM PRO terlaksana dengan jayanya pada hari ini.. Terima kasih kepada yang datang.. ^_^

Cuaca pula cerah sepanjang masa... dan itu satu petanda yang sangat baik.. aku sangat bersyukur.. sekali lagi Terima kasih....

Penyertaan kali ini lebih ramai dari sebelumnya.. di mana POTLUCK yang pertama (21.12.2008) seramai 19 orang yang hadir... dan kali ke-2 ini adalah seramai 31 orang.. terima kasih buat semua.. kehadiran kamu telah menyerikan, menceriakan, mewarnai POTLUCK kali ini.. dan aku sekali lagi sangat bersyukur... ^_____________^

Walaupun aktiviti ini terlewat dari perancangan namun ianya berjaya di laksanakan.. semoga yang menyertainya merasai kegembiraan ketika bersama-sama dalam POTLUCK kali ini....

Suatu hari nanti, kita pasti akan dapat melaksanakan satu GATHERING besar-besaran... aku menantikan detik itu kerana aku sungguh teruja bila semakin ramai yang menyertainya. TAHNIAH buat SABAHAN BIGFORUM PRO kerana terus maju..

Aku,
Rosse@yeokok
(31.01.2010, Ahad - 02.00am)

Saturday, January 23, 2010

Semua menjadi SATU

Hari ini, aku merasakan seluruh hidupku begitu 'perit, pedih, kecewa, sedih, marah, panas, benci, sakit hati, geram'... inikah diriku??... aku keliru... Y_Y..


Aku tidak mengharapkan perasaan seperti ini, tapi aku tidak tahu.. ia datang dalam masa yang sama.. pada hari yang sama.. saat hujan lebat..membasahi bumi... dan ketika itulah aku merasakan hidupuku ini sungguh 'KASIHAN'... ahhh.. siapa juga yang mahu kasihan dengan diriku?? siapa??.. mana?? ada???... T_T..

Aku hanya mahukan kegembiraan itu milik aku..tapi 'KENAPA' ia lari dari hidupku?? KENAPA!!!!...'ENGKAU' mahu lihat penderitaan aku??... hidupku sebegini??...
Y_Y..

Aku sedih... ingin sahaja menangis, meraung, teriak, biar segenap perasaanku lenyap... pergi dari hidupku.. supaya aku boleh merasakan kegembiraan yang ku cari itu... KENAPA??... sukar sangatkah??... Y_Y

Aku bukan tamak, aku bukan meminta sedekah, aku bukan kedekut, aku bukan penyamun... aku cuma PEMOHON sahaja... dan, KENAPA sukar sangat untuk mencapai apa yang aku mahukan??... DUGAAN??.... Y_Y.. ianya terlalu HEBAT....

Aku perlukan belaianMU, aku perlukan kasih sayangMU, aku perlukan perhatianMU, aku perlukan cintaMU, aku perlukan kemaafan dariMU... aku cuma PEMOHON.. Y_Y...

Aku sungguh.. sungguh meMOHON... berikan aku peluang untuk merasai KEGEMBIRAAN... adakah kamu tahu.... aku gembirakah, aku ketawakah, aku tersenyumkah, aku seronokkah.... adakah kamu tahu.... AKU DALAM KESEDIHAN.... kamu tidak tahu... kamu memang tidak perlu tahu.... kerana kamu tidak mahu tahu.... Y_Y... dan aku sekali lagi kecewa...

Aku fikirkan, hidupku akan berubah.... aku fikirkan aku akan berubah... aku fikirkan aku akan membuat perubahan.... sesuatu yang baru.... tapi.. Y_Y.. berdayakah aku?? bolehkah aku?? mampukah aku?? dapatkah aku??... Y_Y...

Aku sangat-sangat TERTEKAN~~!!!!... segalanya menjadi SATU...dalam sekelip mata... Y_Y..

YA ALLAH, TOLONGLAH HAMBAMU INI.. BERIKANLAH HIDAYAH KEPADANYA SUPAYA JIWANYA TENANG, DAMAI, AMAN..... amin.....

Aku,
Rosse@yeokok,
(23.01.2010, Sabtu - 20.35pm)

Sunday, January 17, 2010

...OMG...

Kenapa dengan aku nie??...apa yang aku fikir nie??...kenapa aku belum tidur nie??... arghhhhh... aku tidak pun teringat semua itu....tapi kenapa fikiran aku......urghhh... aku tak suka begini...aku benci berfikiran begini...~~!!!...


Aku sangkakan begitu mudah...begitu pantas..begitu cepat.... ahhh... tolong aku......bantu aku... siapa-siapa yang boleh bantu aku??... aku sendirian nie...aku sangat-sangat....takut...... mengapakah begini fikiran aku??...aku mahu lariiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Untuk kesekian kalinya...aku berkata kepada diriku...

' JANGAN PERNAH MENGINGATI KISAH ITU LAGI, DUNIAMU KINI SUDAH BERUBAH ROSSE'

aahhhh...aku memang mahu melepaskan semua itu...tapi aku macam terikat oleh sesuatu....apakah itu??..tolong aku....

Aku,
Rosse@yeokok
(18.01.2010, Isnin - 12.50am)

Saturday, January 16, 2010

...SICK...


Aku tak tahu sama ada...ini di panggil sakit atau... kenapa nie ahh... macam ada sesuatu jak yang tidak kena dengan badan aku.. nak kata sejuk...tidak la juga tapi aku rasa dalam badan aku... panas... dan aku rasa... semalam macam ada sesuatu yang pelik... apa tu ahh??.. aku takut.... :-ss


Mungkin juga aku tak cukup tidur... penat.. tapi, memang aku rasa sesuatu yang pelik la dengan badan aku... aku sangat lemah.. Y_Y...

Batuk, bersin, batuk bersin... itu jak yang aku buat dari semalam... memang demam la nie... uhuu... kalau aku demam, mau 1 minggu lah aku demam... aahhh aku tidak sanggup... T_T aku nie memang mudah kena penyakit la....:'(...

Dah banyak kali aku kena tangisan hujan nie... mungkin sebab itu la aku sakit... aku nie sukar sangat mahu makan ubat... entah kenapa sekarang aku suka makan ubat.. T_T.. lain kali aku tak mahu makan ubat lagi...nanti tambah sakit.... demam...

Esok kena kerja lebih masa pula... huh, bila fikir pasal kerja.. aku jadi tambah 'SAKIT'...

Aku,
Rosse@yeokok
(ahad, 17.01.2010 - 11.23)

Thursday, January 14, 2010

....Biar cinta..


...jangan pisahkan, aku dan dia...
...tuhan tolonglah ku cinta dia...
...biarkan kami tetap bersama..
...di dalam suka dan duka...
...ahhh...ahh...ahh...ah....

Bait2 yang boleh memberi semangat kepada pasangan untuk terus mencintai pasangan masing-masing... itu lah dia..'jangan pisahkan'..

dan lagu ini memberi aku kegembiraan dalam kesedihan.. bila menontonnya, terasa mahu gelak puas2... dengan itu, segala keresahan hilang sekelip mata...tak percaya...tengok la... n_n..

Apa yang aku harapkan, semoga kemesraan ini akan berkekalan selama-lamanya.... n_n..

thanks guys, aku sayang kamu..

Aku,
Rosse@yeokok,
(150110, Jumaat - 12.26pm)

Wednesday, January 13, 2010

Hari ke-13 tahun 2010

Aku tak sangka begini cepat masa berlalu....hari ini, masuk hari ke-13 kita semua dalam tahun 2010...tidakkah kamu merasakan..ianya terlalu pantas??.. -_- aku seperti merasakan hari-hari ini terlalu laju untuk aku.... AKU BELUM BERSEDIA....


Tapi, aku merasakan diriku kini telah berjaya melalui hari-hari yang 'menyeksakan' dalam hidupku sebagai seorang wanita.. sebagai seorang pencinta... terima kasih... n_n..

Dan..kamu?? bagaimana pula?? berpuas hatikah kamu kepada 13 hari ini dalam tahun 2010..?? apa-apa pun jawapan kamu, bersyukurlah kerana kita masih dapat bernafas sehingga kini... n_n..

Aku mahu kongsikan sesuatu..tapi aku harap tiada siapa yang tersinggung..kerana ini adalah pendapat aku...lahir dari sanubariku..ikhlas dari ku... dan paling penting..adalah kejujuranku... bersediakah kamu??...

Kamu pernah jatuh cinta kepada seseorang yang hanya sekali kamu jumpa???.... kemudian kamu merasakan kamu merindui dirinya???.. jujur.. aku hanya ingin bersahabat... tapi hati ini tidak boleh di bohongi.. ya.. aku pernah.. tapi dengan niat... mahu bermain-main dengannya... SALAHKAH??.... bukankah setiap manusia itu punyai keinginan tersendiri??...jadi aku mahu bermain sahaja...

Tapi, macam yang aku cakapkan... AKU MERINDUI DIRINYA... apa maknanya itu bagi kamu?? tak salah tapi tak patut???... aahhh aku keliru... nanti orang cakap perigi mencari timba..huh.. mana boleh.... XXXX... alaaaa.. masih adakah yang kisah?? aku tak tahu.. =_=..

Mungkinkah aku masih perlu masa untuk semua itu??..merindui tidak salah tapi mahu memilik itu............................................. aku fikir dulu........................ -_-

Aku,
Rosse@yeokok,
(13.01.10, Rabu - 16.34pm)

Saturday, January 9, 2010

Buzy??

Siapa yang suka buzy???...

Aku suka...sebab buzy membuatkan aku melupakan segala kekalutan, masalah, kekeliruan, kesedihan,... tapi buzy buat aku PENAT!!.... -_-')...

Aku bukan mengharapkan boleh melupakan segalanya 100%...dalam tempoh ini... tapi aku tidak mengharapkan akan kembali kepada masa lalu.. ingin sekali aku lepaskan apa yang aku rasai sehingga kini agar aku lebih fokus kepada perjalanan hidup aku... masa depan aku... untuk diri aku sendiri... tapi, aku...

Benar kata mama, 'pilihanku' itu masih suka bergembira..masih dalam proses memilih... masih mencari yang sesuai... masih kabur... entahlah....

Aku kini membuzykan diri.... itu mungkin satu tindakan yang boleh membantu untuk aku melupakan seketika apa yang berlaku... mana tahu, aku akan benar2 'sembuh'... semoga aku berbahagia selalu... dan aku doakan kebahagiaan mereka yang sentiasa bersama aku...

Aku sayang mereka.. dan kerana itu aku mahu mereka mendoakan kebahagiaan itu milik aku.. kerana aku tahu mereka juga mengharapkan perkara yang sama daripada aku...

Aku,
Rosse@yeokok,
(090110, Sabtu - 21.19pm)

Wednesday, January 6, 2010

Aku terkejut

Aku tak tahu apa patut aku cakap malam ini...tapi aku sungguh terkejut dengan apa yang aku ketahui...setakat ini... inikah dia suatu perubahan yang 'drastik'???.... -_- ..... perubahan yang tidak ada rasional langsung... apakah??...

Aku tak sangka.... mengapakah sebegitu cepat??? patutkah ia berlaku sepantas itu??... =_= .... =(( sesuatu yang sungguh mengejutkan...

Aku memang tak menyangka.... ianya seperti itu...

Aku,
Rosse@yeokok,
(06.01.2010, Rabu - 23.16pm)

Tuesday, January 5, 2010

YOU'RE NOT SORRY



all this time i was wasting,
hoping u would come around,
i've been giving out chances every time,
and all u do is let me DOWN,

and it's taking me this long,
baby but i figured u out,
n u'll thinking we'll be fine again,
but not this time around....

u dont have to call anymore...
i won't pick up the phone,
this is the last straw,
don't wanna hurt anymore,

and u can tell me that u're sorry,
but i don't believe u baby,
like i did before,
u're not sorry...no..no..no..no

u're looking so innocent, i might believe u if i didnt know,
could've loved u all my life,
if u hadn't left me waiting in the cold,
n u got ur share of secrets,n i'm tired of being last to know,
n now u're asking me to listen couse,
it's worked each time before

u dont have to call anymore...
i won't pick up the phone,
this is the last straw,
don't wanna hurt anymore,

and u can tell me that u're sorry,
but i don't believe u baby,
like i did before,
u're not sorry...no..no..no..no (2x)

u had me crawling for u honey,
n it never would've gone away...no...
u used to shine so bright,
but i watched all of it fade,

so.. u dont have to call..anymore...
i won't pick up the phone,
this is the last straw,
there's nothing left to beg for,

and u can tell me that u're sorry,
but i don't believe u baby,
like i did before,
u're not sorry...no..no..no..no (2x)

no..no..no..no...

Monday, January 4, 2010

my NEW day

03.01.2010... Ahad

Merupakan hari pertama aku bertemu dengan kawan-kawan aku dari alam siber... dunia internet.. mereka la semua.... Brenda, Dalenk, Detz, Aniss, Lalat & Satonaka..... pertemuan selepas tahun 2009.. hehehe... walaupun baru seminggu lalu bertemu...tapi ini adalah pertemuan kami yang pertama di tahun 2010... n_n... thanks friends..


Mula-mula, ada seorang kawan nie yang mahu ajak jalan-jalan... tapi dia pula tidak dapat join.. huhuhhuu....tak apa lah.. next time jak... buat 1 reunion... ^_^ ...kompom ramai yang mahu join tu kan....


Emmm...aktiviti kami sebenarnya mahu tengok sunset di tanjung aru, tapi lambat sangat driver sampai... ( jangan marah...ngeee )... so... sampai di lokasi terus 'MAKANG'... hahahahahha.. Tapi yang panasnya... order punya lah lama... 1 jam!!!... masak ka tangkap ayam durg tu...huh!!!... 10 x lagi aku pergi sana... jangan harap!!!!!....


Tak kisah la, janji malam itu kami enjoyyyyyyyyyyyyyy... heheheheheheehehhe... enjoy buat apa??... melalak.... yess... itulah salah satu aktiviti wajib kami untuk melepaskan tensen...huh!!!.. tensen!!!....menyanyi lah kami sepuas hati.... yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Aku,

Rosse@yeokok,

(04.01.2010, Isnin - 21.10pm)

Saturday, January 2, 2010

Coretan Ku yang pertama 2010

Sungguh... aku merasakan sesuatu yang akan berlaku kepada diriku... walaupun ianya hanya untuk sementara..tapi aku merasakan ada sesuatu yang menanti.... yaaa.. 2010... masuklah sudah tahun baru...

Orang cakap...(selalunya lah...) tahun baru...kita mesti ada AZAM BARU, NIAT BARU, KEHIDUPAN BARU, dan segalanya BARU... aku dari tahun sebelumnya pun punya azam baru... aku rasa azam aku tahun lalu sudah tercapai... syukur alhamdulillah... ^_^....

Tahun ini pula, aku pun punya azam baru... tapi biarlah aku sahaja yang tahu apa azam baru ku itu.. kerana, hanya aku yang boleh melaluinya dan mencapainya... jika aku bertekad... yaa... aku sungguh berharap azam ini akan tercapai di tahun 2010 ini... amin... doakan ya kawan2 semua...

Emmm... aku berharap tahun ini aku lebih berhati-hati dalam memilih pilihan hatiku... orang kata.. selalunya kalau ada sesuatu yang telah menarik perhatian.....jangan tunggu lama kerana ianya akan berlalu pergi meninggalkan kita... kalau kita abaikannya... entahlah.. aku terserah... kalau ianya adalah milik aku.. buat apa aku mahu lepaskan... n_n... (entah lahh... huhuhuu.. )

Lagi satu, aku berharap persahabatan singkat aku dengan kawan-kawan yang berkawan dengan aku akan berlanjutan... kerana tanpa mereka, aku tidak boleh 'hidup' di tempat orang... mungkin juga kan... so hargailah kawan kerana jika kita kehilangan mereka, kita sukar untuk mendapatkan mereka kembali....

Dengan kata lain, aku berharap tahun ini memberi rahmat bahagia buat diriku...

Aku,
Rosse@yeokok
(02.01.2010, Sabtu - 19.07pm)