THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari IBU

Hari ini tanggal 09.05.2010, bersamaan hari AHAD adalah hari ibu sedunia....


Tapi aku berada dalam keadaan bersedih... kenapa??.... kenapa aku sedih??... kerana dari kelmarin petang lagi aku tak dapat menghubungi ibu ku di kampung mengucapkan SELAMAT HARI IBU... dan sehingga saat ini, aku masih belum dapat bercakap dengan dirinya... apa terjadi mama??... mama, kenapa tidak angkat telefon??... Y_Y

Mama, aku rindu... rindu sangat dengan mama... dan ingin ku ucapkan di telinga mama bahawa aku bersyukur di lahirkan ke dunia dari PERUT MAMA... tapi mama, kenapa tidak menyambut panggilan ku??... mama, apa kah yang terjadi??... dan kenapa tidak ada panggilan balas dari mama??... mama, aku rindu sangat padamu...................

Mama, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dirimu mama... semoga di panjangkan umur... dan mama... ketahuilah aku benar-benar sayang padamu...........

Selamat Hari Ibu, mamaku tercinta.... [Pehi@Aishah Empin]

Aku,
Rosse@yeokok,
(09.05.2010, Ahad - 00.38am)

Kerana Mulut, na MUKA binasa

Jerawat Batu???...........................Tidakkkkkkkkkkkkkkk~~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kenapa begini??.. kenapa aku kena??.. kenapa dia datang padaku??............................ !!!... aku.... tak.... sukaaaaaaaaaaaa~~!!!............. :((((((((((((((((....

[Neh, baru ko tau ROSSE, tu la.. mulut ko LAZER betul... tengok kan da kena.... wakakakaka.....]

oitttttttttttttttt!!!!........... baik sikit yaaaaa...!!!... >.<...

Aku tak sangka Kerana MULUT... muka sendiri merasainya........ waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Anda tahu apakah itu??....

Tengok laaa... huhuhuhuhuhuhu....................


Aku,
Rosse@yeokok,
(08.05.2010, Sabtu - 23.46pm)

Kerana dia [KEKASIH] ku

Maka itu, aku ingin sekali titipkan suatu kenyataan peribadiku terhadap dirinya....


Saat aku mengenali dia, kami tidak lah mesra, rapat sangat... malahan, bila berCHAT dengan dirinya.. kadang-kadang aku [malas] untuk melayannya... bagi ku, bila bosan baru aku layan setiap CHAT sesiapa.. termasuk dirinya... [maafkan ku kerana aku sememangnya seperti ini]....

Hinggalah suatu ketika, kami menjadi rapat saat memasuki satu FORUM... kiranya forum itu adalah untuk meluangkan masa ketika aku keboringan, sendirian... atau sedih... dalam forum itu, aku sungguh teruja... hampir setiap malam aku melayarinya... malahan sebelum, semasa atau sibuk berkerja sekalipun... aku MESTI mahu masuk forum itu.... itulah dia.... www.sabahanbigforumpro.com ... tempat aku bergelak tawa, gurau senda... dengan rakan-rakan yang sama2 melayarinya.... hinggakan ke DINI SUBUH aku masih bersama forum itu.... juga bersama DIRINYA.............................. aku merasakan suatu keserasian di sana...

Terus terang aku katakan... walaupun kadang-kadang ayat kami seolah-olah satu sindiran, kata-kata pedas... namun aku dan DIA tetap terus bersama... malahan aku merasakan semakin SERASI dengan dirinya..... hinggakan aku sendirian TERSENYUM SENGIH ... di dalam bilik yang sikit HOT....

Sehinggalah dalam suatu masa... kami 'terlekat' pada suatu topik dalam FORUM.......... yang akhirnya menemukan kami dalam satu lagi laman web yang menarik... iaitu FACEBOOK.. dan dari sini la berMULAnya............ aku GIAN dengan dirinya...[opsssssssssssssss.... no..no...no...]....

Sejak itu, kami sering menghabiskan masa di FACEBOOK.. hinggakan FORUM seolah-olah lesap dari KETIKAN kami.... [kenapa tu ahh??]... >.<.... bukan aku tak mahu masuk sana tapi kerana DIA dan semua kawan-kawan ku telah beralih kepada FACEBOOK.... makanya itu... aku pun pura-purala lesap dari FORUM..............[ jan maraaaaaaaaa ahhh ]

Mahu tahu siapakah dia KEKASIH ku yang aku maksudkan?....

Anda mengenali dirinya??... dia inilah yang aku sayang sangat... hinggakan aku kadang-kadang tidak terlayan KOMEN orang lain..... apa yang aku harapkan darinya.... semoga suatu masa nanti kami akan di pertemukan dalam satu suasana penuh meriah... saling berpelukan... gosiping.... shoping.... dan bermesra... [erkk, no..no...no...]....

Untuk pengetahuan... aku dan DIA tidak pernah bersua MUKA sejak perkenalan kami 2 tahun yang lalu.. dan sehingga saat ini aku menGETIK cerita tentang dirinya..... kerana dia di sana di Tanah Melayu.. dan aku di sini Negeri di Bawah bayu.... doakan kami akan dipertemukan suatu masa nanti.... ^_^

Kekasih hatiku... Rozze AlamKiamat... terima kasih kerana setia menjadi temanku di kala sunyi, sedih, sepi, rindu, boring, sakit, lapar, gembira, ketawa, girang, senyum.... kaulah segalahnya... [u noe... ]

Doaku semoga dirimu sentiasa sihat walafiat................. amin ...

Aku,
Rosse@yeokok,
(08.05.2010, Sabtu - 22.39pm)

Wednesday, May 5, 2010

Benci Tapi Rindu

Aku tak tahu... adakah aku benar benci dirinya... adakah aku seorang yang pentingkan DIRI SENDIRI... dan kenapa Dia tidak memahaminya ... dan kenapa aku masih tetap merindui dirinya sedangkan aku tahu memang tidak akan ada kesudahan yang sempurna... dan mengapa aku di duga dengan [KEPUTUSAN] itu?...


ahhh [ROSSE, ko kenapa lagi?... bukankah dulu ko pernah katakan kisah lalu hanyalah sebagai KENANGAN... dan akan MELUPAKANnya perlahan-lahan?... dan kenapa kini, seolah-olah sikap mu berubah? ] ... aku mana tau... kan ini hanyalah perasaan.. semua orang ada perasaan,.. aku juga sama... jadi mana mungkin aku begitu mudah melupakannya...Y_Y ...

Kenapa aku ini? Tiada manusia yang mampu melupakan kisah lalu begitu sahaja... dan ia memerlukan suatu jangka masa yang PANJANG/LAMA... korang tak tau... cuma yang pernah ada KENANGAN sahaja yang akan mengetahui bagaimana perasaan ini.. BENCI TAPI RINDU...

Kalau aku di beri peluang sekali lagi untuk terus mengenali dirinya.. apakah aku masih MAMPU seperti dahulu??

Aku Keliru dengan diriku sendiri..... (-_-)

Aku,
Rosse@yeokok
(06.05.2010, Khamis - 12.27pm)

Sunday, May 2, 2010

.. Berjumpa BUAYA ...

Lokasi : Taman Buaya, Tuaran


Penghidup suasana : Buaya-buaya Tuaran

Pengaksi : Group MAJAL INSIDE, MENU & SBFP...(agaknya... orang yang sama jak) ....

antaranya : Cheng, Elol, PP, Halu, Not, Dalink, Lalat, Sabrina, Myra, Mis.Ikan, Daus n me sendiri.. [oitt mesti ada aku...ngeeeeeeeee ]

Aturcara : Buaya mandi manda termasuk Ahli MAJAL, persembahan Tarian Budaya Sabah.. juga tangkap ikan yang tidak mau di tangkap...[Bikin panas]...


Sekitar jam 11.40am aku, not, halu, lalat n dalink bertolak dari Kota Kinabalu penuh bersejarah menuju ke LOKASI pertemuan di Indah Permai, Sepanggar dan ketibaan kami di sambut oleh sepasang Teman Tapi mesra...[opssssssss] Elol dengan PP ..

Oleh kerana masa Lunch sudah sampai...[oii lapar oiii ... mau MAKANG!! ] ... maka itu kami berehat sekejap sambil menjamu makanan tengah hari di sebuah restoran yang di panggil SRI KENINGAU ...[ jau da datang ahhh..... dari keningau...boleh tahan]... walaupun tahap kelaparan hampir membunuh TENAGA, namun dek kerana [jamuan] itu kurang menyelerakan... terpaksa separuh nasi di sedekahkan kepada kucing kedai makan itu...[kamu fikir... lada da manis wooo... haiyaaa] ....

Penantian itu satu penyeksaan~~~!!!!!...
Jelingan tajam para pekerja bertauliah di kedai makan itu terhadap kami hampir membuat kami mahu kasih [tebalik] itu mija... [ko pikir, kami endak mau bayar!!!??... tolong laaaaaaaaa].... itu kerana kami meLEPAK di sana hampir 2 jam...naaaaaaa... mantapz woooiii... itu di sebabkan kami menanti kehadiran TYT... [Cheng aka Jangutan Paling MAjal segala KEmajalaN..ko rasa??]...

Selepas kedatangan TYT, kami terus menuju ke LOKASI utama... opsss lupa... [isi minyak keta doyooo]... jadi kami sampai di LOKASI sekitar jam 2.++ la kali tu... [mana aku tau... sepa mau TINGU TINGU jam.......] aiyaaaa....

Terus serbu kaunter pembayaran... mak aiii mahal betul.. hini hulang ahhh.. mahu kasi mati rakayat!!! apa tidaknya u noe... RM10 1 kepala woooo.... >.<

Alaaa... malas la mau cerita panjang2... terus kepada aktiviti kami di sana... apa lagi, nasib kami sempat TINGU TINGU itu persembahan BOYA... [Berus GG boya, Kasi mandi BOYA, kasi menari BOYA, naaa apa lagi tu....] yang paling [mencemaskan laaa].... para pekerja buat persembahan Tidur di atas badan BOYA, Duduk, Berdiri dan sungguh cemas...[bagi aku la]... si O* cium mulut c BOYA... naaa kalu kena NGAP nada suda da...>.< [agaknya ada yang durg baca kali tu tau] apa tidak ini [perasaan dalam hatiku] sebabnyaa.. selepas semua itu selesai BUAYA itu memberi tindak balas yang sungguh agresif... naaa kamu bayangkan laaaa.........................

Selesai persembahan BOYA, kami dengan semangat kerajinan merayau2 kawasan taman itu dan rupa2nya bukan BUAYA sahaja yang ada di sana.. ada banyak lagi spesis binatang PUPUS yang di jaga rapi di sana... nak cerita di sini, aku rasa baik kamu sendiri yang pergi TINGU TINGU...[deal??]..

Selepas penat merayau2... kami berehat di PONDOK BUDAYA SABAH sambil di hiburkan oleh tarian tradisional SABAH... di sini laa sikit aku kena TODOQ...[cizzz ].... anyway... walaupun singkat persembahan itu tapi ia tetap menghiburkan kami semua yang datang menonton... :)

Dan paling terakhir, kami dengat GILA2 memancing di sebuah [KOLAM] yang penuh dengan anak-anak ikan.... siuk weiii... aku cakap.... sikit mau PINGSAN.... >.<.... berlari2, mencangkung, menunduk, naaa semua itu adalah gaya2 DORANG semasa [memancing] ikan.... sampai ada yang sikit mau TODOQ itu ikan yang pandai berTAPUK dengan PAYUNG.... kejam weiii.... adesssssssssssssssssssssssss

Acara di akhiri dengan sesi bergambar WAJIB.... dan bertolak pulang sekitar jam 5pm.... dan paling last [eyaa last untuk ceta ini] kami pigi menjamu selera dengan PUDING KELAPA... perghhhhhhhhhhhhhh.... sadap.......

Sekian,
Aku,
Rosse@yeokok,
(03.05.2010, Isnin - 13.09pm)

Wednesday, April 28, 2010

Warkah Cinta Terakhir (Kisah Cinta) [istimewa untuk manusia bergelar LELAKI]

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. Tapi pertama kali saya bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor rama rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya menCINTAi awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Disana saya tak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar benar jatuh CINTA pada seseorang. Jadi, selama ini siapa saya di hati awak ?

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?

Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??


AWAK!

Awak mungkin jenis perempuan yang boleh menyintai ramai LELAKI berkali kali. Tapi saya pula seorang LELAKI yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 wanita, 1 CINTA dan 1 perkahwinan.

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak.


Awak,

Sebelum saya menghilang diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah jawapan saya;

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup untuk selama lamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tak pernah tahu)

Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya,

Seseorang pernah berkata,

'If you really LOVE someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place'


Awak,

Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.


Awak,

Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak pernah kesal sekurang kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik.

T_T

Mulut manis..

Begitu mudah mulut berkata-kata... tanpa skrip yang rapi di situ la ayat-ayat tercipta dengan pantas.... itulah penangan mulut manis... agaknya golongan mana yang seperti ini???... anda TAHU??...


Tentunya tidak sukar untuk mengetahui golongan mana yang seumpama ini kan... tapi sebenarnya semua orang boleh bermulut manis... cuma dari setiap pandangan dan penilanan orang terhadap apa yang di perkatakan itu adalah sentiasa berbeza... siapa tahu??...

Aku pun boleh mulut manis juga tapi aku tidak mahu... kerana aku tau apa kesannya kepada ku jika aku ber[mulut manis] aku sendiri yang akan merasa serba salah, berperasaan semacam... dan.. mungkin malu... segan... takut ... semualah ..[aku sebenarnya sendiri tidak tahan apabila ada yang bermulut manis dengan ku]... huhuhuhu >.<

Maka itu, silap langkah kita juga yang kena perangkap jika kita bermulut manis... jangan terkena sudah... apa yang penting kita tahu apa yang kita perkatakan itu... bukannya untuk bermulut manis tetapi kita memperlihatkan siapa diri kita yang sebenarnya... [hadoii ROSSE, ko merepek apa nie??] .... mana ku tau... ko peduli apa??... suh..suh...suh... >.<...

Apapun, dalam kehidupan semua memerlukan komunikasi yang harmonis... maka itulah setiap pertemuan, perkenalan itu akan bermula dengan suasana yang MERIAH dan gembira... itu untuk memberi suasana yang tidak KEKOK...[eyoooo la tu....]

Antam seja la~~!!

Sekian,
Aku,
Rosse@yeokok,
(28.04.2010, Rabu - 22.57pm)