THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, June 30, 2010

Campaign Hutan Lipur Kawang, Papar. [Part II]

[[ PART II ]]
~~~ Pasang Khemah, Mandi Manda & BBQ ~~~

Lokasi : Hutan Lipur Kawang
Tempat : Papar
Ahli : meNu team
Jumlah : 12 orang
(Sairul aka PG, Nurul aka PP, Brenda aka NOT, Aziani aka RATU LG2, Shah aka KUNG2, Donald aka DON, Maxmillan aka GUN, Amirah aka Mira, M.Khairil aka Majal, Elizabert aka Miow, Suziela aka Detz
Tarikh : 19 & 20.June. 2010 (sabtu dan ahad)
Event : campign

19.06.2010 (Sabtu)

1. Tamat sahaja pendakian kami ke HUTAN LIPUR KAWANG itu sekitar jam 17.60pm, kami berkumpul semula ke rumah Tuan KUNG2 manakala ada dalam 2/3 orang yang sudah TERJUN ke dalam MINI POOL. [Endak kesabaran dorang hini... majal kan]... [ padahal takut ada PACAT melekat di badan ]...

2. Kami yang lain terus menuju ke rumah BELIAU untuk mengambil barang2 kami yang kami simpan di rumah Tuan Kung2. antaranya :

* Khemah
* Pakaian
* Beg
* Kasut
* Makanan untuk BBQ
* Others [merujuk kepada harta benda peserta camping hini kali lah]

[[ PASANG KHEMAH ]]

3. Kami menyiapkan khemah untuk menjadi 'HOME' kami malam itu. Lebih kurang 6 Khemah yang di pasang di mana 1 khemah ada dua orang TINGGAL. [macam rumah betul la pulak].. hebat! sementara yang lain sudah mandi manda di sungai + mini POOL. kami yang lain pun menyusul kemudiannya...[ rugi la tidak pigi mandi sana... penat wEH]

... walaupun kepenatan selepas mendaki BUKIT, semangat kerjasama semua AHLI dalam menyediakan KHEMAH tetap mantap. HEBATlah ...

... semangat 1 2 3 tetap ada walaupun kepenatan ...
[ sebabnya SEMUA MAJAL ]

[[ MANDI MANDA ]]

4. Aktiviti kami seterusnya ialah mandi bersama2 dalam sebuah MINI POOL yang boleh memuatkan 10 orang BASAR2 punya. haieee... BASARnya.. >.< En. Eden aka STUPID ME sampai. dengan menyediakan makanan untuk kami... waaaaa TERIMA KASEYYYYY..... ngam2 kelaparan tahap kepENATan. cepat sungguh makanannya itu habes.... sambil mandi sambil bercerita sambil makan keropok sambil terjun sambil ketawa sambil LOMPAT... macam-macam aksi... dan sungguh HAPPENING... ^____^

... mandi...mandi...mandi ...

... Si Baju KUNING tu la Mr.Eden, baru sampai terus 'harta' nya habis di makan ...
... antara peserta lumpat / jump mini POOL ...

.. aktiviti melompat ke da BOOM ...

... makanG keropok sambil mandi ...

... mandi sungai jugalah yang paling best tapi endak best bila kaki terlanggar dengan BATU ...

[ aku jumpa TOKEK di dalam TANDAS perempuan ] waaaa bertuahnya diriku.... ^___^

... Tokek yang aku jumpa di dalam Tandas wanita, berapa harga nie ahh ...
[ thinking ]

5. Selesai mandi dalam jam 20.30pm, kami menyiapkan diri untuk aktiviti seterusnya. iaitu BBQ. Yang lain menyediakan tempat memasak, mengemaskan makanan, menyediakan UNGGUN API, sambil itu, kami lady berada di rumah tuan RUMAH kerana memasak NASI. [masak nasi ya JENTELMEN] sambil2 itu bercerita, berurut, TINGU2 astro BELIAU dan sebagainya yang sama waktu dengannya.

... Tengah menghidupkan api ...

... Bara yang panas MEMBAKAR ...
[ Unggun api yang di siapkan oleh ??? ]

[[ BBQ ]]

6. Aktiviti BBQ ini lah yang paling ku rasakan [LAMBAT] hilang sudah seleraku mahu makan. mungkin kerana semua kepenatan maka penyediaan bahan2 BBQ lambat. Tak apa, kita masih baru dalam hal ini kerana KITA BUKAN BUDAK SIKUL LAGI!. teruskan BBQ.

[ masa menunggu siap MEMANGGANG SAYAP oleh ..... ]

... riang ria ahli2 yang menyertai, masih semangat [1, 2, 3] lagi depan KAMERA ...

... Pandai nie SUSTER men GITAR tau, tapi paling kacian lah yang PIGANG megi tu, tia tahan sudah tunggu BBQ ...

[ Dalam penyedian lainie.. sabar ba kamurang ]

... Hitu dia tukang masak kita Miss.elly ...

... Tukang masak kita yang lain, hebat ...

... Inilah KEPTEN meNu freestylE, ensom kan ...

... buat air untuk minum malam ...

... eyah makan..makan...makan ...

... eyahhh makan time, laparrrr ...
[ sambil di hiburkan, bestnya :"> ]

7. BBQ tamat sekitar jam 23.30pm. Makan pun sikit sudah. hilang kelaparan gara2 kemengantukan. (-_-)')... Adalah yang sudah terLENA juga.... dan yang lain masih bersemangat... paling penting [ 1... 2... 3... ]

8. Akhirnya kerana ketidak-tahanan mata dan kaki yang kepenatan juga, maka kami semua tidur la dalam jam 00.00 malam... tapi ada juga yang memajal tak mau tidur.... [ ingat kamu tu ROBOT? ]

Sekian,

Rosse@yeokok
(30.06.2010, Rabu - 23.34pm)

[Terlalu banyak cabaran yang kami lalui.. dan hanya yang menyertai camping ini sahaja yang maha mengetahui. kerana itu adalah KENANGAN TERINDAH kami semua. ^_^ ]

Tuesday, June 29, 2010

Campaign Hutan Lipur Kawang, Papar.

[[ PART I ]]

Lokasi : Hutan Lipur Kawang
Tempat : Papar
Ahli : meNu team
Jumlah : 12 orang
(Sairul aka PG, Nurul aka PP, Brenda aka NOT, Aziani aka RATU LG2, Shah aka KUNG2, Donald aka DON, Maxmillan aka GUN, Amirah aka Mira, M.Khairil aka Majal, Elizabert aka Miow, Suziela aka Detz
Tarikh : 19 & 20.June. 2010 (sabtu dan ahad)
Event : campign

19.06.2010 (Sabtu)

meNu Team [ freestylE ]

[ di sertakan sedikit gambar untuk tatapan bersama... ]
p/s : JANGAN CONTENG!

Perancangan sebulan yang lalu akhirnya berjaya di laksanakan oleh TEAM meNu. Satu lagi aktiviti yang berjaya ialah CAMPIGN di Hutan Lipur Kawang, Papar.

1. Sekitar jam 10am, bertolak dari Kota Kinabalu menuju ke lokasi mengambil masa selama 1 jam. bagaimanapun sedikit terlambat ke Kawang kerana beberapa sebab. Antaranya :

* Kasih minum kereta
* Kasih tarik kereta yang masuk lubang sana depan GIANT. semua endak kuat.. haiyaaaaa
* Bergambar2 depan GIANT PutatanG

...surung..angkat.... gomooo... chayo chayo...

... lady meNu ...

2. Semasa ketibaan kami d Kawang, Tuan Kung2 aka Shah sudah menanti di pintu gerbang. Dan kepten meNu terus bersemangat ke KAUNTER pertanyaan untuk urusan jual beli TIKET. Dan kami yang lain... apa lagi... FREESTYLE maaa.... bergambar terus. 1... 2... 3.... CAKK!

... Tuan Kepten Shah aka Kung2 [ sedia memberi perkhidmatan ] ...


... semasa di kaunter PERTANYAAN menanti jawapan dari tuan rumah ...

3. Berkumpul di rumah kediaman tuan Kung2 sambil mengisi perut yang kekosongan akibat JIWA KACAU tidak ada sarapan pagi... :3. Sambil kasih abis minuman Kung2, sambil makanG2, bercerita yang tiada ENDING STORY.... dan STOP dalam jam 1.45pm. !.. Tamat.

... Kesampaian juga di depan rumah TUAN RUMAH ...

... mengisi perut di rumah tuan KUNG2 ...

4. Bersiap sedia untuk aktiviti HIKING / Jungle Tracking. Tuan kung2 cakap bersedia untuk bertemu dengan SAUDARA2 di hutan... [ alamak.... ] ...sebelum itu AKTIVITI bebas... freestylE maaaaa... bergambar2 kasih abis batery kamera BELIAU.

... eyahhhh, mari kita mendaki BUKIT ...

Tuan Kung2 cakap JUMPA di air Terjun.... kami berjalan penuh semangat menuju ke AIR TERJUN... di manE?..... >.<... air terjunnya di manE?... adEr.. rupa2nya..... emmm.. endak kuat air terjunnya... tapi yang pasti ia menjadi lokasi kami Istirehat sebelum aktiviti sebenar di lancarkan sebentar lagi.... freestyle...bergambar2 maaaa

5. Pacat! Itulah pesanan dari tuan Kung2.
* Jangan sentuh Daun!
* Jaga2 Pacat!
* Yang jalan paling depan 100% di hinggapi PACAT!

6. Perjalanan kami sungguh mencabar.. amat mencabar!... sebabnya,
* Hutan - mimang pun kawasan hutan
* Hujan - mimang pun musim hujan
* Pacat - paling di geruni ahli meNu
* Pokok - banyak tumbang kasau perjalanan kami. byk LonGCUT punya jalan kami lakukan.. haiyaaaaaa!
* Gua Kelawar - kami jumpa di tengah jalan
* PUNCAK - Bilang Kepten KUNG2 'paling puncak yang ada lagi TERpuncak'

... kepenatan dan berehat dan berPOSING ... freestylE maa ...

... suatu lokasi yang Tuan kung2 cakap, perjalanan ke PUNCAK masih jauh ... [haih (-_-)")

... Cabaran yang berjaya di lalui dengan cemerlang oleh team meNu ...

... Gua kElawar Bilang c Kung2 ...

... Puncak yang berjaya di Tawan, fuh! pEnat kata mErEka ...

... Puncak Hutan Lipur Kawang yg berjaya di tawan oleh team meNu ...

7. Kami Jumpa macam2. Gua kelawar, pacat, semut, burung, dan macam-macam adEr... dan terlalu banyak pula yang mengalami macam2 kejadian.. di hinggapi pacat, tergelincir, jatuh, penat, dan eyahhh macam-macam adEr lagi.

8. Kami sampai ke satu lokasi terakhir sebelum kami kembali ke tapak perkhemahan. iaitu sebuah Kebun GETAh. di sana kami berehat kerana tahap kepenatan semua ahli suda sampai ke -0.15'. dan di sana juga, kami melepaskan kegembiraan yg tidak terhingga... ketawa saja la.... sebab semua MAJAL kan.... PALING MAJAL...freestylE maaa... juga ambil gambar banyak2... peluang hanya sekali.

... Lokasi terakhir [ kebun gEtah Pak Mat ] berehat, minum, bergambar dan BERUCAP ...

9. Maka itu kami pun kembali ke tapak khemah. [ingatkan dekat sudah dari kebun getah, wupa2nya... aiyakkkk ]... (-_-)

dan PENAT!.......... to be continue........................

Tapi paling best. Kerjasama dari semua ahli amat baik. TERIMA KASIH ya ^_^

Sekian,

Rosse@yeokok
(30.06.2010, Rabu - 16.41pm)

[Terlalu banyak cabaran yang kami lalui.. dan hanya yang menyertai camping ini sahaja yang maha mengetahui. kerana itu adalah KENANGAN TERINDAH kami semua. ^_^ ]

Friday, June 11, 2010

Bergembiralah selagi masih bernafas

Kita tidak tahu bilakah masanya kita di 'ambil' semualah oleh yang telah meng'hidup'kan kita di dunia... dan kita tidak tahu apakah kita masih berpeluang untuk bergembira selepas melalui pelbagai peristiwa yang mentraumakan. entahla........................


Maka itu, selagi kita masih bernafas... bersyukurlah dan cubalah untuk terus gembira walaupun tahu diri dalam kesedihan.

Berpura2?.... boleh saja tapi janganlah terlalu pura-pura kerana bila berpura-pura gembira hati akan terus menderita dan tidak mustahil suatu masa nanti akan 'meletup' segala kekusutan dalan hati...

Bergembiralah selagi masih bernafas...

Aku,
Rosse@yeokok,
(12.06.2010, Sabtu - 10.49am)

Toksin?


Arghhhhh... biar betul?... astaga~!.. aku tau la aku kuat jalan tapi melampau lah 'menatang' nie sampai begini 'HITAM'.. adakah patut... badan ku yang memang berTOKSIN atau 'menatang' nie yang pandai bertukar kaler dari putih pigi HITAM?... O.O... kompius aku bah~!..


huhuhu.. aku sebenarnya TAKUT nampak benda ini bila bangun pagi... 'ia' berwarna hitam dan berminyak... yaiii... bikin geli... cuma aku akan merasa segar selepas ku buang benda ini. agaknya kalau aku pakai dalam masa 1 BULAN ini, apa badanku akan semakin sihat?... sedangkan selama ini aku menderita sakit perut.. kadang-kadang migrain sampai mau pitam. [dan pernah pitam...].. aku sendiri tidak percaya... T_T

Aku nak pakai benda ini sehinggalah aku benar-benar yakin yang badanku akan bertambah sihat dari semasa ke semasa. sebab AKU MAHU SIHAT SEPENUHNYA walaupun aku yakin, tidak ada MANUSIA yang memang 100% SIHAT. entah la..adakah?... -_-...

Aku tau benda ini 'menarik' toksin dari badan. perlu di pakai ketika mahu tidur. dengan cara-cara yang betul... ikut arahan yang ada dalam PLASTIK benda ini. ^_^..

MAri kita sama-sama menyihatkan badan.... Kesihatan itu penting untuk kita melalui kehidupan seharian supaya setiap perkerjaan kita akan berjalan dengan lancar dan teratur apabila kita SIHAT.

Aku,
Rosse@yeokok,
(12.06.2010, Sabtu - 10.33am)

Wednesday, June 9, 2010

Terima Kasih


Terima kasih untuk segalanya...


terima kasih kerana membuat diri ini bahagia walaupun pernah menderita...
terima kasih kerana pernah menceriakan kembali hati ini walaupun pernah bersedih...
terima kasih kerana selalu bersama ketika diri ini amat memerlukan..
terima kasih kerana menjaga diri ini di kala badan di ambang kesakitan....

Dan....

Terima Kasih kerana melukakan kembali LUKA yang pernah berdarah....

Untuk semuanya....
Jangan pernah merayu lagi kerana hati ini benar-benar sukar untuk menghadapinya.....

... Tabahkan hati dan teruskan tersenyum ROSSE ... inilah kehidupan ... ada masa kita bahagia, ada masa kita menderita... tanpa semua itu... kamu tidak akan merasa nikmatnya KEHIDUPAN...

Terima Kasih...

Aku,
Rosse@yeokok,
(09.06.2010, Rabu - 21.57pm)

Monday, June 7, 2010

mungkinkah?.


Kadang-kadang hidup ini sukar tanpa kawan di sisi, namun lagi SUKAR jika punya kawan yang kurang memahami sedangkan suatu perkenalan itu semakin hari semakin bertambah. LUMRAH KEHIDUPAN?... tak tahu lah... mungkin... atau tidak mungkin...


Ada manusia yang suka pendam perasaan, berdiam diri, celoteh, friendly, kuat cakap.... dan ada juga yang kuat mengata, suka mengata, dan terus mengata.... perasaan?.... entahlah... kan kita ini manusia tidak sempurna.... entahlah........................... -_-

Orang mungkin tidak kisah untuk permulaannya namun bagaimana pula bila ianya berlanjutan?... susah juga kan.... jadi, adalah lebih baik TERUS TERANG..... eya, be honest... jujur... dan terus jujur... mungkinkah perasaan itu CEMBURU?... entahlah................ -_-

Mungkinkah akan berlakunya PENAMAT yang kurang memuaskan... tak tahulah....

Aku,
Rosse@yeokok,
(07.06.2010, Isnin - 00.10am)

Thursday, June 3, 2010

Selamat Pengantin Baru Kawanku.. LIZZY PATRICK

Watak utama : Lizzy Patrick

Lokasi : Rumah pengantin, Kg.Bongkud, Ranau
Masa : 10 am ke 12 tgh mlm..[paham2 seja la ahh]
Hari : Isnin
Tarikh : 31.05.2010
(Kawan2ku ketika masih bersekolah Rendah di SK.Bongkud, Ranau tahun 1991 hingga ke hari ini...)

Penceria suasana : Aku, Dionysia, Tella, Amelia, Rozina, Roswaty, Bobby, Red, Isa Sunday,

Dari kiri Dionysia, Tella, Rosse, Lizzy, Rozina & Amelia [best fren forever]

Aku di singgahi oleh kawanku ompok sekitar jam 7pm di rumah. Dan aku masih BERDANDAN... [baru mandi weii]... maka itu, kami bergerak ke rumah pengantin selepas aku selesai bersolek molek... :">... [alaaa rumah pengantin di sebelah rumah ku seja... tidak sampai 1 minit berjalan laa]... dekat kannn... hehehehehe

Di sana, ramai sudah orang... menanyi... menari... makan... dan aku... MAKAN la apa lagi.. tapi kawan ku tidak makan... dia cuma tengok aku makan saja... alaaaa ompok, endak payah bei ko diet...[jan mara ahhh nanti kanak jual maaa]

Ini la si Roswaty.. Cantikkan Pengapit dia

Ambil peluang untuk bergambar selagi pengantin masih MENAWAN... aphewww

Selepas itu, aku dan ompok bergambar bersama pengantin... waaaa bepeluk2 lagi ba... pengapit dia pun buli tahan.. sepa lagi... si ROSWATY laaa... comel gitu... tak caya.. nanti aku buktikan.... ^___^... yang penting kamu sudi layan coretan gila aku nie...waaaaaaaaaaaaaaaa

Tidak lama lepas itu, aku di tepuk dari belakang oleh kawan lama juga... waaaa bestnyaaa.. sepa lagi.. si TELLA laa.... gembira hati tiada sepa yang tau.. hanya aku dan diri-NYA... bepeluk lagi kami... dan datang lagi seorang CEWEK kiut.... sepa?... naaaa Dionysia la.. makin menawan sumandak sorang ini.... hehehe.. dan aktiviti tetap... apa lagi bergambar la kami.... dan seorang lagi yang di jumpai.... ROZINA... punya siuk aku rasa...

Dan ini pula adalah wajah-wajah kawan2 yang datang...[Seumur la katakan]

Tidak lama selepas itu, datang pula member JEJAKA pilihan... si Bob, Isa, Red & Gonong... kami sekali lagi bergambar kenangan.... dan semestinya aku gembira sekali... kami pula menyerang pengantin dan terus mengambil gambar tanpa peduli sepa yang mahu menari ketika itu...=)) ahh antam koranglah.. yang pasti kami semua gembira.. kan.. hehehehe
Peluang bergambar terakhir sebelum bersurai.. hehehehe

Oleh kenana pengantin terlalu excited mau MENARI maka itu, kami lepaskan dia ke tapak dancing dan kami kembali ke tempat duduk dan bercerita sampai tak ingat jam.... setelah bertahun lamanya, kami mengimbas kenangan ketika masih sekolah rendah... ketawa, sedih, senyum, semua kami ungkitkan... peluang jangan di sia-siakan... belum tentu akan datang ada masa akan datang.. dan tidak mungkin seperti ini lagi... ^___^

Puas bercerita... selepas hujan lebat sudah reda, kawan-kawan yang lain pula mau balik.. maka itu sekitar jam 11pm kami bersurai... aku pula menghantar Ompok dan Ganak balik ke rumah dorang... dan...

Sekianlah cerita aku bersama sahabat lama ku ini...

Terima Kasih Lizzy kerana persandingan mu ini menemukan kami semua.... muahhh

Aku,
Rosse@yeokok,
(04.06.2010, Jumaat - 13.11pm)