THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 19, 2010

Sedarlah..

Aku bukannya wanita yang boleh membahagiakan sesiapa yang bersama-sama dengan diriku, Aku bukannya wanita yang boleh memberi 100% perhatian kepada seseorang yang mengambil berat akan diriku, Aku bukanlah seorang wanita yang mampu untuk melenyapkan segala kejadian yang berlaku di sekelilingku....


Tapi..
aku adalah wanita yang akan selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan kepada sesiapa yang bersama-sama dengan diriku, yang jauh dari ku.. atau yang ada di depan mataku... sekalipun aku sedar... aku bukan siapa-siapa kepada mereka...

Apa kata kamu?...
Bukan kah kita patut mendoakan kesejahteraan mereka yang berada di sekeliling kita biarpun mungkin ada persengketaan yang berlaku sesama sendiri?...

Sedarlah....

Aku,
Rosse@yeokok,
(20.08.2010, Jumaat - 11.44am)

0 comments: